Huh……akhirnya…..
ibu berjaya mendapatkannya. Tahniah ibu! Terimakasih ayah!. Apa yer….. Meh..
nak citer… Korang pernah dengar terapi ion elektrik rendaman kaki?
Setelah
hampir tiga bulan lamanya ……. Hampir setiap hari aku dengar ibu meminta ayah membelikannya
alat terapi ion redaman kaki. Citernya, 3 bulan lalu ibu telah pergi ke satu pusat terapi ion rendaman kaki.
Setelah beberapa sesi ibu dapati ada
perubahan positif terhadap dirinya. Oleh kerana jarak yang jauh dari rumah, ibu
akan mengajak ayah menemaninya hampir setiap malam. Ada ketikanya ayah agak
keberatan, mungkin sebab kepenatan kerana bekerja pada waktu siang. Ku lihat ibu seperti merajuk ……
Kini penantian ibu telah berakhir. Ayah telah berjaya mendapatkan satu set alat
terapi ion rendaman kaki untuk kegunaan di rumah. Comel jer… Awalnya aku
tertanya-tanya apakah alat tersebut. Apakah
fungsinya? Ibu kata kalau di pusat terapi setiap satu sesi, iaitu 30 minit
dikenakan bayaran RM10. Itu belum perbelanjaan minyak, tol dan masa yang diperlukan. Jom tengok yer …………
|
Inilah
peralatan yang digunakan. |
TERAPI
ION ELEKTRIK, APA TU?
Menurut Encik Google, terapi ini ialah
terapi yang menyeimbangkan ion-ion negatif dan positif di dalam tubuh manusia,
boleh melancarkan perjalanan darah, memecah
dan mengeluarkan toksin dari tubuh melalui lebih daripada 2000 lubang pori-pori
pada kedua tapak kaki, hasilnya terdapat perubahan warna air yang di campurkan
sedikit garam dalam besen, sesuai dengan toksin yang dikeluarkan oleh tubuh
seseorang.
Maklumat lanjut cer baca kat sini yer, hi..hi..hi..
sebab panjang sangatlah penerangannya.
|
Sesi berterapi sambil nonton TV· |
KEBAIKAN TERAPI ION ELEKTRIK
-
menghilangkan jerawat dan
menghaluskan kulit
-
memperbaiki fungsi buah pinggang,
hati dan jantung
- melancarkan perjalanan
darah
- membuang lemak dan
mengurangkan berat badan
- mengurangkan sakit sendi,
otot dan migraine
- dan menurunkan memulihkan
gout, diabetis paras kolesterol
- meningkatkan daya ingatan,
tenaga dan semangat
- mengatasi masalah susah
tidur
- menguatkan tenaga batin
- menghilangkan bau kaki, bau
badan dan gatal-gatal
- mengurangkan perut kembung,
gastrik, strok dan perut buncit
- mengatasi masalah yang
bergantung kepada ubat
PERUBAHAN AIR SETELAH TERAPI
- kuning kehijauan : toksin
dari ginjal, pundi dan saluran kencing
- kuning kemerahan : toksin
dari sendi atau gout
- kuning berminyak :
kolesterol
- coklat kelabu : toksin dari
hati, pundi hempedu
- hijau tua : toksin dari
hati hempedu
- buih putih lendir : dari
kelenjar limpa
- buih gelembung : asid
toksin, gastrik, perut kembung
- ketulan putih : tulang
rapuh / osteoporosis
- warna hitam : logam berat /
nikotin / ubat
- warna merah : ketulan darah
beku
Secara ringkasnya dapatlah
aku nyatakan kat sini yang terapi ion ini merupakan satu kaedah untuk membuang
toksin daripada badan kita. Aku anggap ini sebagai salah satu rawatan
alternative. Rasanya tak salah mencuba, berusaha dan berikhtiar sebab apa yang
penting semua yang berlaku dengan izinNya..., Hanya orang yang telah menjalani
terapi ini tahu akan perubahan yang dialaminya. Kini ibu dan ayah ku tak perlu
bersusah payah lagi pergi ke pusat terapi yang jauh dari rumah. Mereka boleh
berterapi secara santai di rumah sambil menonton tv atau melayari internet. Pergh… Kalau ada
yang berminat (tolong promote nie ..) dengan alat terapi ion untuk kegunaan di
rumah ini, bolehlah
hubungi @ sms ke 019 2608737
Oh
yer, lupa nak gitau, adalah dilarang kepada wanita hamil, wanita yang
menyusukan anak, kanak-kanak yang berumur dibawah 15 tahun serta mereka yang
terdapat besi, belon, bateri pada tubuh/jantung, menjalani terapi ion ini.
Adios ...............
·